Penafian: Kerajaan dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, KPT, Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui portal ini.

Wednesday, March 25, 2009

Prosedur Pelajar Turun Kelas

Beberapa keadaan yang memerlukan pihak HEP untuk menukar kelas (turun kelas) pelajar-pelajar yang bermasalah. Proses turun kelas ini perlu dibuat agar selari dengan kehendak serta keperluan daripada kompenan-kompenan yang lain. Kompenan lain yang dimaksudkan adalah EXAM dan LI.........


Untuk pengetahuan, Unit Exam mengkelasifikasikan kelas aktif /kelas bagi penilaian adalah kelas 1,2 dan 4...manakala kelas 3 adalah kelas pelajar yang sedang LI.

Jesteru dengan itu, dalam memudahkan penetapan kedudukan pelajar, kita mengambil ketetapan dimana :-
a. Kelas 1 adalah kelas pelajar baru (sem 1)
b. Kelas 2 adalah kelas pelajar yang akan ke LI
c. Kelas 3 adalah kelas pelajar sedang LI
d. Kelas 4 adalah pelajar kelas yang akan tamat (grade)

Ada beberapa perkara yang akan menyebabkan pelajar diturunkan kelas :-
1) Pelajar yang gagal SEMUA modul dalam semester semasa.
2) Pelajar semester 2 yang gagal dalam salah satu modul teknikal yang menyebabkan beliau tidak dapat menjalani latihan industri.
3) Pelajar semester akhir yang gagal dan belum boleh menamatkan pengajiannya.
4) Pelajar yang membuat penangguhan pengajian.
5) Pelajar mengulang LI

Bagaimana kaedah untuk tukar kelas dalam Sistem iDBMS ??

dapatkan Student view --> hal hal pelajar --> tukar kelas (buat pilihan berdasarkan panduan di atas)

p/s : Artikel ini disumbangkan oleh Tuan Shahrir (PHep & Admin.iDBMS KK Ledang) Tqvm ;)

0 comments:

Post a Comment